Kenyangkan Perut Rakyat

Umar memerintahkan kedua-dua utusan Utbah bin Furqad (gabenor Azerbaijan) supaya membawa kembali (habish) makanan ke negerinya sambil menulis surat kepada gabenor.

.......... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.”

Kisah ini memberikan pengajaran yang teramat berharga bagi umat Islam, khususnya pemimpin. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum dirinya sendiri. Umar pernah menyatakan “Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang.”

Seperti disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., pemimpin adalah pengembala (raai). Hassan al-Basri, seorang ulama zuhud, pernah berkata kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, “Pemimpin yang adil laksana seorangpengembala yang mengasihi haiwan gembalaannya. Dia membawa gembalaannya ke tengah padang rumput yang luas dan subur. Dia menjaganya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan.

Perkara lain boleh diambil dari sikap Umar adalah larangan mengampu orang atasan. Tentu tidak ada niat burukdalam benak Gabenor Azerbaijan, Utbah bin Furqaduntuk mengampu ketuanya. Dia hanya ingin menyenangkan hati khalifah. Tapi, Umar bin Khattab tidak menginginkan hal itu. Dia bukan tidak mahu dihargai, tetapi dia lebih mementingkan rakyatnya.

Ironisnya, sikap pemimpin hari ini sebaliknya. Mereka lebih banyak berfikir bagaimana menyenangkan ketuanya berbanding memikirkan orang-orang bawahannya. Cari muka, mengampu dan sikap ABS (asalkan Bapak Senang) dan ABIS (Asal Bapak – Ibu Senang) menjadi gaya hidup pemimpin masa kini. Mereka tidak peduli walaupun harus mengorbankan kepentingan rakyat. Bahkan mereka tidak memikirkan siapa ketua yang mereka ampu.

Jika terpilih, kredibiliti dan profesionalisme diabaikan. Nepotisme kian merebak.

Diperlukan pemimpin yang adil dan bebas untuk membebaskan umat daripada ketinggalan. Tanpa pemimpin yang adil dan bertimbang rasa, kita tidak dapat berharap rakyat akan hidup sejahtera.



Oleh Miey Aziz

Dipetik dari buku Belajar Daripada Dua Umar

Belajar Dari Dua Umar

Umar Bin Abdul Aziz adalah khalifah ke-8 Bani Umaiyyah.

“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir menikmatinya” ujar Umar.

Inilah yang menjelaskan mengapa kedua-dua Umar sama ada Umar Bin Abdul Aziz dan Umar Bin Khattab tidak pernah mahu dikawal. Mereka tidak memerlukan pengawal kerana merasakan diri mereka selamat. Mereka terbiasa berkeliling di tengah gelapnya malam. Mereka juga biasa berbaring di tempat umum. Tidak ada rasa takut dan khuatir dalam diri mereka.

Penyebabnya: Mereka berlaku adil, bersih, dekat dengan rakyat, maka rakyat mencintai mereka.

Oleh Miey Aziz

Dipetik dari buku Belajar Daripada Dua Umar

Menentukan Sikap

Keputusan rasmi syura bersama sahabat. Apapun hasilnya menjadi tanggungjawab bersama.

Pertama, sejauh manakah keputusan itu sesuai dengan situasi, keperluan dan suasana yang dihadapi. Jadi, keputusan tidak seharusnya benar, tapi juga tepat. Keputusan yang benar jika tidak disampaikan pada waktu yang tepat, boleh jadi memperlihatkan sesuatu yang negatif.

Kedua, sejauh manakah keputusan itu berkesan dan memberikan mudarat yang lebih kecil. Oleh itu, untuk menentukan keputusan dua perkara diperlukan, pengetahuan yang mendalam mengenai syariat Islam (fiqh wahyu) dan pemahaman tentang realiti (fiqh realiti).

Ketiga, sejauh mana kita boleh konsisten dengan keputusan. Contoh Perang Uhud, Rasulullah konsisten dalam keputusannya. Kalaupun sesuatu keputusan harus diubah, perkara itu harus boleh dijelaskan kepada masyarakat supaya mereka tidak bingung.

Keputusan syura bukan segalanya. Di antara anggapan yang sering keliru adalah menganggap keputusan syura itu pasti benar. Oleh itu, mereka yang terlibat dalam syura sering merasa selamat dan tidak berfikir lagi. Padahal tidak begitu.

Selain itu, keadaan selalu dinamik. Situasi dan suasana selalu berubah. Perubahan itulah kadang-kadang memerlukan keputusan baru. Perubahan keputusan tidak selalu bererti hilangnya ketetapan. Tapi, ia menyebabkanberlaku ijtihad baru kerana ijtihad lama sudah selesai. Pendapat Imam Syafi'ie ada dua iaitu qaulun qadim (pendapat lama) dan qaulun jadid (pendapat baru).

Ketika dihadapkan beberapa pilihan yang memang tidak layak dijadikan pemimpin, kita harus memilih dan menentukan pilihan. Dalam hal ini, kaedah yang harus kita gunakan adalah memilih di antara yang paling sedikit mudaratnya kepada umat Islam. Bukan yang paling banyak dipilih oleh rakyat.


Oleh: Miey Aziz

Dipetik daripada buku Belajar Daripada Dua Umar

Piawai Menangani Perbezaan

Menghadapi 70 tawanan Perang Badar, para sahabat Rasulullah s.a.w. berbeza pendapat. Abu Bakar as-Siddiq mengusulkan supaya tawanan itu dibebaskan dengan pembayaran wang tebusan daripada keluarganya.

Umar bin Khattab tidak setuju. “Demi allah, aku tidak setuju dengan pendapat Abu Bakar,” ujar sahabat bergelar al-Faruq ini. “Serahkan tawanan dari kalangan keluargaku, dan akan ku pancung lehernya. Dengan demikian Allah akan mengetahui bahawa kita tidak bersimpati kepada aktiviti-aktiviti kaum musyrikin,” tambah Umar tegas.

Pendapat Umar ini didukung juga oleh Sa'ad bin Mu'azs. “Wahai Rasulullah! Aku setuju dengan pendapat Umar. Mereka (tawanan) memang tidak berguna kepada kita dan tidak perlu dikasihani,” ujar Sa'ad.

Abdullah bin Rawahah tampil lebih keras, “Wahai Rasulullah s.a.w., lebih baik mereka itu kita kumpulkan dan ikat bersama-sama ditepi jurang yang banyak kayunya. Di sana mereka kita bakar. Habis cerita!”

Sebelum memberikan keputusan, Rasulullah memuji pendapat kedua-duanya. “Wahai Abu Bakar, jika digolongkan kepada kelompok malaikat, engkau seperti malaikat Mikail. Ia turun membawa keredhaan Allah dan keampunan ke atas hamba-Nya. Kalau digolongkan kepada nabi-nabi, engkau seperti Nabi Ibrahim. Baginda datang kepada kaumnya dengan (kata-kata) yang lebih manis daripada madu dan lebih putih daripada susu. Kedatangannya ditolak kaumnya, bahkan baginda dilemparkan ke dalam api yang menyala.

Ibrahim hanya bersabda:

Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain daripada Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikit pun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu.”


al-Anbiya': 66-67


Engkau wahai Abu Bakar, seperti Nabi Musa bersabda:

Maksudnya: “Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku, dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).”


Ibrahim: 36


Engkau juga seperti Nabi Isa bersabda:

Maksudnya: “Jika engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”


al-Maidah:118


Selanjutnya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar, “Kalau digolongkan kepada malaikat, engkau seperti malaikat Jibril. Ia turun membawa murka dan seksaan bagi musuh-musuh-Nya. Jika digolongkan kepada nabi, engkau seperti Nabi Nuh. Ketika tidak mungkin lagi mendapat kepercayaan daripada kaumnya, baginda bersabda:

Maksudnya: Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi. Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.”


Nuh: 26-27

Namun, hikmah ilahiyah tidak menyetujui kaum muslimin menjadikan harta sebagai ukuran atau pun ataupun sebahagian daripada ukuran memutuskan perkara besar.

Allah S.W.T. memberikan teguran melalui firman-Nya:

Maksudnya: “Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.”


al-Anfal: 67-68

Ayat tersebut merupakan teguran kepada Rasulullahs.a.w. dan para sahabatnya. Permasalahannya bukan pada belas kasihan kepada tawanan, tetapi dibimbangi akibat adanya wang tebusan., akan muncul kecenderungan untuk mengejar harta. Di sinilah pengjaran ilahiyah dapat kita petik. Bahawa, setiap aliran perjuangan, tidak boleh ada niat sekecil apapun, kecuali bertujuan untukmenegakkan kalimat Allah.

Kalau pandangan ini dikedepankan, tentu akan sangat berbahayabagi perjalanan dakwah. Mungkin bukan bagi para sahabat tetapi bagi generasi akan datang. Kerana, jauhnya sebelum hal itu terjadi, Allah S.W.T. terus mencegahnya.

Hal lain adalah kepiawaian Rasulullah s.a.w. dalam mengelola perbezaan pendapat. Baginda berhasil memadukan dua pendapat bertentangan tanpa menyakiti kedua-dua belah pihak. Menghadapi perbezaan yang sangat tajamitu, Rasulullah s.a.w. mampu melakukan pendekatan persuasif.

Walaupun, akhirnya pendapat Umarlah yang mendapat dukungan ayat al-Quran. Sikap bijak seperti inilah yang harus diteladani para pemimpin pada ketika itu.


Oleh: Miey Aziz

Dipetik daripada buku Belajar Daripada Dua Umar

Tujuan Sistem Politik Dalam Islam

Sistem Politik Islam mempunyai tujuan yang murni dan tinggi. Yang terpentingnya adalah seperti berikut:

1. Menegakkan agama dan merealisasikan perhambaan kepada Allah Tuhan semesta alam

Maksudnya: “Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).”
(Surah al-Syura: 13)


Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(Surah al-Hajj: 41)

Sistem Politik Islam juga untuk menyebar risalah Islam di atas muka bumi ini dengan menggunakan pelbagai cara yang dibenarkan dan dengan kadar yang termampu. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”
(Surah Saba’: 28)


2. Menegakkan keadilan

Tujuan politik Islam adalah untuk merealisasikan keadilan dengan seluas-luasnya dan dalam berbagai lapangan sama ada kemasyarakatan , kehakiman, pentadbiran dan pengurusan, politik serta hubungan antarabangsa. Ini termasuklah perlindungan hak-hak, memelihara kebebasan dan persamaan.

Menegakkan Negara Islam ataupun masyarakat Islam itu bukan merupakan tujuan itu sendiri. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu umat yang berdiri di atas kebaikan dan keadilan, iaitu umat yang mampu membenarkan yang benar dan mampu membatil yang batil. Melindungi orang ramai daripada kezaliman serta menegakkan keadilan di atas muka bumi ini merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh risalah Islam dari segi kemasyarakatan. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”
(Surah Ali ‘Imran: 110)

Negara Islam merupakan satu mekanisme politik ke arah merealisasikan cita-cita yang tinggi ini. Negara Islam juga menjadikan Syariah Islam sebagai undang-undang yang memanyungi hal ehwal kehidupan rakyat, supaya kebenaran, kebaiakn dan keadilan terus dapat didaulatkan. Negara Islam juga mengatur segala hubungan kemasyarakatan dan ekonomi dengan satu cara yang membolehkan setiap individu memelihara kebebasan, keamanan serta kemuliannya.


3. Memperbaiki keadaan manusia

Hukum Islam tidak hanya terbatas kepada hudud sahaja atau semata-mata adanya kepimpinan yang membawa kepada penyatuan orang Islam sahaja, tetapi ia bertanggungjawab dalam memperbaiki keadaan manusia sama ada dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, penerangan, pendidikan, pertahanan dan rekaan. Semua ini dilakukan seiring dengan reformasi politik. Inilah yang dimaksudkan dengan risalah reformasi Islam.

Tujuan tertinggi perundangan Islam adalah untuk mereformasikan perkara-perkara halal dan haram. Allah menurunkan syariah bukan dengan tujuan lain, melainkan kesemuanya bertujuan untuk memberi kebaikan, hidayah dan kesenangan kepada manusia dan membuang kesusahan daripada mereka.

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”
(Surah an-Nisa’: 26-28)

Negara Islam dengan sistem politiknya juga bertujuan untuk memakmurkan bumi ini serta memberikan cara hidup yang mulia kepada semua rakyatnya, di samping memberi peluang yang sama rata dan adil dalam membahagi-bahagikan kekayaan Negara. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Surah al-Hasyr: 7 )

Jika benar-benar sistem politik Islam dan undang-undang ini diamalkan, maka akan dapati sistem politik ini mempunyai tiga tujuan iaitu: Menyekat kerosakan, menarik kebaikan dan bergerak di atas landasan “makrim al-akhlaq” iaitu budi pekerti yang mulia. Jadi dengan menegakkan sistem politik Islam dan syariah Allah, ketiga-tiga tujuan di atas akan dapat direalisasikan dan akan membawa kebaikan kepada seluruh manusia.


Oleh: Miey Aziz
Rujukan: Sistem Politik Islam (Siasah Syar’iyyah)