Bahagia Yang Hakiki

Susah hati kalau diikut-ikutkan sangat ia akan parah menjadi penyakit jiwa. Dari susah hati pergi kepada sedih, dari sedih kepada derita dan sengsara, kemudian kecewa, akhirnya putus asa. Di waktu itu kaya , pandai, jawatan tinggi, nama, glamour, ada kuasa tida ada guna, tidak ada erti apa-apa.

Orang yang semacam ini kalau serba ada sekalipun, gelap dunianya. Sesetengah orang bunuh diri kerana putus asa. Mengapa dia kecewa hingga putus asa? Padahal segala keistimewaan telah dimilikinya! Ketahuilah memiliki keistimewaan dunia bukanlah segala-galanya sekalipun tidak salah mempunyainya.

Kebahagiaannya sementara, atau kebahagiaan tipu daya, tidak sampai ke hujung akhirnya kecewa. Kebahagiaan bersama Tuhan adalah hakiki, sejati, kekal abadi. Tuhan adalah segala-galanya, keistimewaan dunia tidak dapat apa-apa pun tidak mengapa.

Tapi kalau kehilangan Tuhan segala-galanya tidak ada erti apa-apa. Tapi dapat kedua-duanya dapat Tuhan, miliki dunia pula ia menambah bahagia. Bahagia dengan Tuhan tidak cukup percaya sahaja, sekalipun banyak ibadahnya. Bahagia dengan Tuhan kenalah kenali Dia, kemudian terus takut dan cinta.

Kemudian yakin pula dengan peranan Tuhan apa yang dilakukan-Nya kepada kita tidak sia-sia. Apa yang Tuhan lakukan kepada kita sama ada lahirnya Nampak negatif atau positif ada hikmahnya ada pengajarannya.

Tuhan Maha Suci dari menganiaya. Kalau pandai menerimanya di situlah ada kebahagiaan. Jika faham apa maksud Tuhan yang dilakukan-Nya kepada kita, kita redha, jiwa akan tenang.

Oleh Miey Aziz

Kenyangkan Perut Rakyat

Umar memerintahkan kedua-dua utusan Utbah bin Furqad (gabenor Azerbaijan) supaya membawa kembali (habish) makanan ke negerinya sambil menulis surat kepada gabenor.

.......... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.”

Kisah ini memberikan pengajaran yang teramat berharga bagi umat Islam, khususnya pemimpin. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum dirinya sendiri. Umar pernah menyatakan “Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang.”

Seperti disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., pemimpin adalah pengembala (raai). Hassan al-Basri, seorang ulama zuhud, pernah berkata kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, “Pemimpin yang adil laksana seorangpengembala yang mengasihi haiwan gembalaannya. Dia membawa gembalaannya ke tengah padang rumput yang luas dan subur. Dia menjaganya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan.

Perkara lain boleh diambil dari sikap Umar adalah larangan mengampu orang atasan. Tentu tidak ada niat burukdalam benak Gabenor Azerbaijan, Utbah bin Furqaduntuk mengampu ketuanya. Dia hanya ingin menyenangkan hati khalifah. Tapi, Umar bin Khattab tidak menginginkan hal itu. Dia bukan tidak mahu dihargai, tetapi dia lebih mementingkan rakyatnya.

Ironisnya, sikap pemimpin hari ini sebaliknya. Mereka lebih banyak berfikir bagaimana menyenangkan ketuanya berbanding memikirkan orang-orang bawahannya. Cari muka, mengampu dan sikap ABS (asalkan Bapak Senang) dan ABIS (Asal Bapak – Ibu Senang) menjadi gaya hidup pemimpin masa kini. Mereka tidak peduli walaupun harus mengorbankan kepentingan rakyat. Bahkan mereka tidak memikirkan siapa ketua yang mereka ampu.

Jika terpilih, kredibiliti dan profesionalisme diabaikan. Nepotisme kian merebak.

Diperlukan pemimpin yang adil dan bebas untuk membebaskan umat daripada ketinggalan. Tanpa pemimpin yang adil dan bertimbang rasa, kita tidak dapat berharap rakyat akan hidup sejahtera.



Oleh Miey Aziz

Dipetik dari buku Belajar Daripada Dua Umar

Belajar Dari Dua Umar

Umar Bin Abdul Aziz adalah khalifah ke-8 Bani Umaiyyah.

“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir menikmatinya” ujar Umar.

Inilah yang menjelaskan mengapa kedua-dua Umar sama ada Umar Bin Abdul Aziz dan Umar Bin Khattab tidak pernah mahu dikawal. Mereka tidak memerlukan pengawal kerana merasakan diri mereka selamat. Mereka terbiasa berkeliling di tengah gelapnya malam. Mereka juga biasa berbaring di tempat umum. Tidak ada rasa takut dan khuatir dalam diri mereka.

Penyebabnya: Mereka berlaku adil, bersih, dekat dengan rakyat, maka rakyat mencintai mereka.

Oleh Miey Aziz

Dipetik dari buku Belajar Daripada Dua Umar