10 Keutamaan Menghubungkan Ukhwah

IMAM SYAFIE memberi wasiat sebagai berikut: Barang siapa yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperolehi 10 keutamaan berikut:

1. Mendapatkan keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga penduduk di langit.
2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada mereka yang menghubungkan ukhwah.
3. Dapat menambhkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.
4. Dapat menambahkan dan menimbulkan rasa kasih saying dalam pergaulan seharian.
5. Dapat menambahkan dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
6. Allah dapat melanjutkan usianya.
7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat disekelilingnya.
9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

Dipetik daripada buku 30 Wasiat Imam Syafie

0 comments: