Bahagia Yang Hakiki

Susah hati kalau diikut-ikutkan sangat ia akan parah menjadi penyakit jiwa. Dari susah hati pergi kepada sedih, dari sedih kepada derita dan sengsara, kemudian kecewa, akhirnya putus asa. Di waktu itu kaya , pandai, jawatan tinggi, nama, glamour, ada kuasa tida ada guna, tidak ada erti apa-apa.

Orang yang semacam ini kalau serba ada sekalipun, gelap dunianya. Sesetengah orang bunuh diri kerana putus asa. Mengapa dia kecewa hingga putus asa? Padahal segala keistimewaan telah dimilikinya! Ketahuilah memiliki keistimewaan dunia bukanlah segala-galanya sekalipun tidak salah mempunyainya.

Kebahagiaannya sementara, atau kebahagiaan tipu daya, tidak sampai ke hujung akhirnya kecewa. Kebahagiaan bersama Tuhan adalah hakiki, sejati, kekal abadi. Tuhan adalah segala-galanya, keistimewaan dunia tidak dapat apa-apa pun tidak mengapa.

Tapi kalau kehilangan Tuhan segala-galanya tidak ada erti apa-apa. Tapi dapat kedua-duanya dapat Tuhan, miliki dunia pula ia menambah bahagia. Bahagia dengan Tuhan tidak cukup percaya sahaja, sekalipun banyak ibadahnya. Bahagia dengan Tuhan kenalah kenali Dia, kemudian terus takut dan cinta.

Kemudian yakin pula dengan peranan Tuhan apa yang dilakukan-Nya kepada kita tidak sia-sia. Apa yang Tuhan lakukan kepada kita sama ada lahirnya Nampak negatif atau positif ada hikmahnya ada pengajarannya.

Tuhan Maha Suci dari menganiaya. Kalau pandai menerimanya di situlah ada kebahagiaan. Jika faham apa maksud Tuhan yang dilakukan-Nya kepada kita, kita redha, jiwa akan tenang.

Oleh Miey Aziz

0 comments: