Menghadapi 70 tawanan Perang Badar, para sahabat Rasulullah s.a.w. berbeza pendapat. Abu Bakar as-Siddiq mengusulkan supaya tawanan itu dibebaskan dengan pembayaran wang tebusan daripada keluarganya.
Umar bin Khattab tidak setuju. “Demi allah, aku tidak setuju dengan pendapat Abu Bakar,” ujar sahabat bergelar al-Faruq ini. “Serahkan tawanan dari kalangan keluargaku, dan akan ku pancung lehernya. Dengan demikian Allah akan mengetahui bahawa kita tidak bersimpati kepada aktiviti-aktiviti kaum musyrikin,” tambah Umar tegas.
Pendapat Umar ini didukung juga oleh Sa'ad bin Mu'azs. “Wahai Rasulullah! Aku setuju dengan pendapat Umar. Mereka (tawanan) memang tidak berguna kepada kita dan tidak perlu dikasihani,” ujar Sa'ad.
Abdullah bin Rawahah tampil lebih keras, “Wahai Rasulullah s.a.w., lebih baik mereka itu kita kumpulkan dan ikat bersama-sama ditepi jurang yang banyak kayunya. Di sana mereka kita bakar. Habis cerita!”
Sebelum memberikan keputusan, Rasulullah memuji pendapat kedua-duanya. “Wahai Abu Bakar, jika digolongkan kepada kelompok malaikat, engkau seperti malaikat Mikail. Ia turun membawa keredhaan Allah dan keampunan ke atas hamba-Nya. Kalau digolongkan kepada nabi-nabi, engkau seperti Nabi Ibrahim. Baginda datang kepada kaumnya dengan (kata-kata) yang lebih manis daripada madu dan lebih putih daripada susu. Kedatangannya ditolak kaumnya, bahkan baginda dilemparkan ke dalam api yang menyala.
Ibrahim hanya bersabda:
Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain daripada Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikit pun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu.”
al-Anbiya': 66-67
Engkau wahai Abu Bakar, seperti Nabi Musa bersabda:
Maksudnya: “Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku, dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).”
Ibrahim: 36
Engkau juga seperti Nabi Isa bersabda:
Maksudnya: “Jika engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
al-Maidah:118
Maksudnya: Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi. Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.”
Nuh: 26-27
Namun, hikmah ilahiyah tidak menyetujui kaum muslimin menjadikan harta sebagai ukuran atau pun ataupun sebahagian daripada ukuran memutuskan perkara besar.
Allah S.W.T. memberikan teguran melalui firman-Nya:
Maksudnya: “Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.”
al-Anfal: 67-68
Ayat tersebut merupakan teguran kepada Rasulullahs.a.w. dan para sahabatnya. Permasalahannya bukan pada belas kasihan kepada tawanan, tetapi dibimbangi akibat adanya wang tebusan., akan muncul kecenderungan untuk mengejar harta. Di sinilah pengjaran ilahiyah dapat kita petik. Bahawa, setiap aliran perjuangan, tidak boleh ada niat sekecil apapun, kecuali bertujuan untukmenegakkan kalimat Allah.
Kalau pandangan ini dikedepankan, tentu akan sangat berbahayabagi perjalanan dakwah. Mungkin bukan bagi para sahabat tetapi bagi generasi akan datang. Kerana, jauhnya sebelum hal itu terjadi, Allah S.W.T. terus mencegahnya.
Hal lain adalah kepiawaian Rasulullah s.a.w. dalam mengelola perbezaan pendapat. Baginda berhasil memadukan dua pendapat bertentangan tanpa menyakiti kedua-dua belah pihak. Menghadapi perbezaan yang sangat tajamitu, Rasulullah s.a.w. mampu melakukan pendekatan persuasif.
Walaupun, akhirnya pendapat Umarlah yang mendapat dukungan ayat al-Quran. Sikap bijak seperti inilah yang harus diteladani para pemimpin pada ketika itu.
Oleh: Miey Aziz
Dipetik daripada buku Belajar Daripada Dua Umar
0 comments:
Post a Comment